Al Balad Travel & Tours telah ditubuhkan pada 14 Ogos 2013 dengan fokus utama syarikat ialah pada pakej-pakej umrah dan pakej pelancongan muslim. Syarikat berdaftar dengan Kementerian Pelancongan (No Lesen KPK/LN 7596) dan Kementerian Kewangan (No Lesen BP22164902481537922). Nama Al Balad diambil daripada perkataan arab yang juga kata ganti nama kepada kota Mekah sendiri yang memberi maksud “bandar”.

Al Balad Travel & Tours adalah sebuah syarikat ejen pelancongan bumiputera yang arif dan mahir dalam pengendalian pakej-pakej umrah dan pelancongan muslim. Aktiviti lain termasuklah mengendali dan menguruskan segala perkhidmatan yang melibatkan pelancongan dalam dan luar negara, perhotelan, pengangkutan, lawatan, pakej percutian, tiket penerbangan, visa, dan lain-lain.

Syarikat kini beroperasi di Pusat Perdagangan Selaseh dengan sokongan 13 kakitangan termasuk wakil jualan di semenanjung serta pejabat operasi di Makkah dan Madinah. Pengarah urusan Al Balad Travel & Tours berpengalaman lebih 25 tahun bekerja di Tabung Haji Travel dan jawatan terakhir beliau adalah sebagai Pengurus Besar Haji dan Umrah.