Selesai Pakej Haji 1440H Alhamdulillah

Alhamdulillah..
Urusan Pakej Haji Albalad telah hampir selesai.

90% dari Jemaah Haji Al Balad 2019 telah pulang ke Tanah Air.
Jemaah terakhir dari Al Aqsa adalah pada 06Sep, manakala jemaah terakhir dari Madinah pula, adalah pada 07sep nanti, inShaa Allah.

Saya bagi pihak Pengurusan Al Balad Travel & Tours, serta semua kakitangan Operasi di Tanah Air dan Tanah Suci, menyusun 10 jari memohon kemaafan dan keredhaan semua jemaah haji di bawah pengurusan kami, atas segala kelemahan yang mungkin tidak dapat dielakkan sepanjang perjalanan ibadah ini.

Memang menjadi lumrah dalam sesuatu operasi yang besar sebegini yang disertai hampir 3 juta jemaah haji keseluruhannya, perancangan yang baik juga tidak akan dapat dilaksanakan secara total dan tuntas. Masalah yang berlaku akan tetap berlaku, bagaimana menangani sesuatu masalah itu adalah sesuatu yang lebih besar dan menarik dalam perhatian jemaah.

Pihak kami akan sentiasa berlapang dada dalam menerima teguran dan cadangan bagi penambahbaikkan, semoga ianya akan menjadikan kami lebih baik pada musim operaji haji yang akan datang.

Kita juga mengharapkan silaturahim yang terjalin akan kekal berpanjangan serta menjadikan kita insan yang lebih baik dari semalam, yang sebenarnya merupakan salah satu dari tanda-tanda kemabruran haji.

Pihak kami sangat mengharapkan agar dapat terus kekal menumpang dalam doa kalian, kerana ianya merupakan di antara keistimewaan dalam kerja-kerja ini.

Semoga kita berjumpa lagi dalam ruang waktu lain, terima kasih atas kepercayaan bagi kami menguruskan perjalanan ibadah agung ini.. semoga ibadah ini merupakan..
حجاً مبروراً وسعياً مشكوراً

Hjhadi
Al Balad Travel & Tours.

Your email address will not be published. Required fields are marked *